RASIONAL
Pengurusan bilik yang berkesan akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung ia dapat menjamin keselamatan murid dan guru semasa menggunakan bilik ini . Semua ini hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan bilik adalah tersusun kemas dan semua peralatan pengajaran dan pembelajaran berada dalam keadaan yang baik dan berkesan. Setiap aktiviti p&p berkaitan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris dapat dijalankan pada semua peringkat harus di laksanakan dengan efisien dan sistematik.
Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.
Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment